Sistem Pengurusan Pangkalan Data atau Database Management System (DBMS) adalah satu sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, menyusun, mengemas kini, mengurus dan menyelenggara pangkalan data. DBMS turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.
DBMS boleh dianggap sebagai antaramuka di antara pengguna dan pangkalan data di mana ia membantu pengguna mencapai dan memanipulasikan data yang disimpan di dalam pangkalan data.
Antara DBMS yang biasa digunakan ialah Microsoft Access, dBASE III Plus, FoxBASE Plus, Oracle, MS SQL Server, SoftBASE, Clipper, Paradox.
TERBAIK
ReplyDelete