Pencarian Maklumat, Emel
dan Cloud
1.Kaedah Pencarian Maklumat
Pencarian maklumat boleh
memakan masa yang lama dan kompleks. Kebiasaannya kita mencari maklumat dengan
hanya memasukkan kata kunci atau frasa sahaja, Justeru itu untuk mengelakkan
kita daripada lemas di lautan maklumat, adalah lebih baik kita merancang pencarian
terlebih dahulu.
Teknik mengemukakan
pencarian melalui enjin pencarian amat penting diketahui bagi memastikan kita
mendapat kualiti dalam penghasilannya. Strategi pencarian maklumat merupakan
langkah-langkah mencari maklumat secara sistematik dan efektif.
Lima
Langkah Mudah Mencari Maklumat
1.
Tentukan
maklumat yang ingin anda cari dan tuliskan dalam bentuk ayat.
2.
Buangkan
kata penghubung atau kata sendi dalam ayat.
Buangkan juga perkataan yang tidak penting dan tidak berkaitan.
3.
Gariskan
perkataan yang tinggal. Perkataan-perkataan ini merupakan kata kunci asas anda.
Cuba kenalpasti juga kata kunci alternatif. Ini ialah perkataan-perkataan yang
boleh menggantikan kata kunci yang telah disenaraikan seperti sinonim dan
perkataan-perkataan yang membawa maksud lebih luas.
4. Tambahkan operator Boolean
“AND”, “OR’ atau “NOT” antara kata kunci yang telah dikenalpasti.
5. Pencarian boleh
diperincikan lagi dengan menggunakan teknik-teknik berikut:
●
Pangkasan (truncation) - kegiatan »»» giat
●
Berfrasa - “jati diri”
●
Wild card - *giat* »»»
kegiatan, penggiat, plagiat
●
Operator Boolean - AND, OR, NOT
●
Kombinasi pangkasan dan Boolean
●
Nesting - (murid OR pelajar) AND “jati diri”
6.1 Penggunaan Emel
6.2.1 Bagaimana Mengakses E-mel Anda Dalam VLE Frog
1. Untuk
menggunakan emel di dalam VLE Frog anda boleh menggunakan URL VLE sekolah.
Contoh : https://mba1018.1bestarinet.net
2. Paparan login ini akan dipaparkan.
Rajah 1.1
3. Gunakan YES
ID VLE Frog yang telah diberikan oleh pihak Admin
sekolah.
Contoh: XXXXXXX@Yes.My dan katalaluan: xxxxxxxxxx
4. Setelah anda login, di Frog Bar klik ikon Quick launch.
5. Quick Launch pada Frog Bar akan
dipaparkan dan klik ikon Email. E-mel anda akan terbuka dalam tetingkap baru.
|
|
6. E-mel
tersebut akan memaparkan Inbox anda secara automatik. Ini
bermaksud, jika anda sudah pun berada dalam VLE
Frog, anda tidak perlu lagi untuk log masuk ke dalam akaun e-mel anda
Pengkomputeran Awan (Cloud
Computing)
Teknologi Pengkomputeran Awan (Cloud
Computing)
Pengenalan
●
Pernahkah anda mendengar atau mengetahui mengenai pengkomputeran awan?
●
Adakah pengkomputeran awan bermaksud anda menjalankan kerja anda di awan
seperti gambarajah di bawah?
●
Bagaimanakan pengkomputeran awan membantu anda menjalankan tugas sebagai
pembantu makmal?
Definasi pengkomputeran
awan atau cloud computing ialah
pembangunan dan penggunaan teknologi komputer berasaskan internet. Pengkomputeran awan ialah satu kaedah
memanfaatkaan perkomputeran sebagai satu perkhidmatanan bukannya produk di mana
sumber, aplikasi dan maklumat yang disediakan dalam komputer atau peranti lain
(seperti iPhone, iPad, iPod, Android,
BlackBerry dan sebagainya) sebagai satu utiliti melalui rangkaian (internet). Pengguna tidak bergantung
kepada komputer tertentu sahaja atau tempat tertentu sahaja, sebaliknya boleh
menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain asalkan terdapat
capaian internet.
Pengkomputeran
awan adalah proses anda menggunakan internet sebagai tempat untuk
menyimpan segala data peribadi sama ada dokumen, gambar, lagu, rakaman suara
mahupun video. Proses pengkomputeran awan berlaku apabila anda
memuatnaik data-data milik anda kemudian data yang anda simpan itu
boleh dicapai dari tempat lain, komputer riba, komputer tablet atau dari mana-mana telefon
bimbit melalui sambungan internet.
Contoh terbaik untuk
memahami pengkomputeran awan ini ialah seperti 4shared di mana di dalam laman web ini beratus ribu
pengguna 4shared memuat naik (upload) lagu kesukaan mereka untuk
dikongsi bersama pengguna lain yang mereka langsung tidak kenal dan jumpa.
Pengguna lain yang menyukai lagu serupa mencapai laman 4shared, melihat lagu yang dimuat naik,
menyukai lalu memuat turun lagu tersebut dan memberikan kepada rakan-rakan
lain.
Aplikasi pengkomputeran
awan juga boleh digunakan secara individu atau dalam bilangan pengguna
yang ramai. Syarikat besar juga menggunakan pengkomputeran awan sebagai
ruang untuk para pekerja berkongsi data ketika sedang dalam usaha menyiapkan
sesuatu tugasan tanpa perlu bersua muka, berinteraksi dalam masa yang sama.
Mereka juga menggunakan pengkomputeran awan sebagai tempat simpanan sandaran
data penting, menjimatkan kertas, menjimatkan masa dan tenaga.
|
No comments:
Post a Comment